Thursday, September 06, 2007

Sawadikaaaap

Image hosting by Photobucket
Thailand Here We Kamm

Fuiyoooo berjaya juga misi kali ini walaupun tentatively baru 70% tercapai. :))

The trip memang bessst sesangat apa tah lagi yang pergi kawan-kawan rapat dari PFS yang sudah dianggap sebagai family. Trip yang pada mulanya untuk FCOK tetapi menjadi trip PFS disebabkan Kefli yang empunya badan tidak dapat turut serta atas sebab-sebab yang munasabahlah.

Pada mulanya hampir-hampir macam tak jadi jer. Ada yang janji nak pergi last minit tarik diri pastu tetiba jadik plak ada yang memang trus senyap aje.

Tepat pukul 10.00 malam kamipun berlepas menaiki bas express Damai.Oleh kerana jumlah pelancung tidak cukup kuota maka terpaksa naik bas express biasa.Lebih kurang pukul 6 pagi setelah berhenti 2 kali kami sampai ke border.

Image hosting by Photobucket
Bergambar bersama beg seblom sopping

Setelah selesai mengecop passport, kami berlepas ke hotel sebelum itu singgah breakfast nasik lemak dgn roti canai garing di restaurant Rockie.Achik menyewa van vip muat 12 org yang canggih sekali siap dengan karaoke dan sound system seolah2 kita berada di RedBox plak hehe.

Image hosting by Photobucket
Nasik lemak Siam Nyum Nyum

Image hosting by Photobucket
Van VIP yang canggih

After check in dan membersihkan diri terus kami dibawa ke Nora Plaza tempat jualan barangan kulit,Barangan Hiasan wanita dan macam-macam lagilah.Sempat makan eskim special macam-macam adaa.

Image hosting by Photobucket
Minyak sudah naik wooo kena jimat cermat

Image hosting by Photobucket
Ermmmmm sedapnyerr

Seterusnya ke Kok Yoo dapat lihat jambatan yang terpanjang di Wilayah Thailand.

Image hosting by Photobucket
Sini tak kena Tol, bang

Panjang wooo and the best part takde kena tol samy.On the way ada nampak patung sami budha. Besarrrrnyaaa.Singgah sebentar ke tempat perusahaan makanan kering. Apa lagi mulalah borong gajus,keropok2, kacang tumbuk, sotong kering dan macam-macam lagi.

Image hosting by Photobucket
Gajus adaa,sotong adaaa,macam-macam adaaa

Image hosting by Photobucket
Most beautiful Girl In Malaysia or Thailand? :D


Wah ikan duyung pernah landing kat Pantai Samilla yew. Maka dibina statue ikan duyung di tepi pantai tu.Banyak gerai yang jual cenderamata disitu.

Image hosting by Photobucket
Tunjuk apa tuuu

Sementara yang lain dah jelajah sampai ke ujung pantai, ada lah dua mak chik yang masih sibuk di satu gerai ni membeli belah. haha

Tak puas lagi? Kita orang pergi ke Padang Basa pula.Selalunya tour anjuran achik ni mesti singgah ke Padang Basa dulu baru pergi check in ke hotel. tapi oleh kerana kuota tak cukup maka plan pun berubah. Namun kami tetap di bawa ke sana. Perjalanan memakan masa agak lama sampai boleh tertidurlah dalam van.

Image hosting by Photobucket
Errrr Masat-masat

Yezzer, kami kini berada di Padang Basa tempat membeli belah yang seakan macam di Langkawi.Mulalah aktiviti membeli belah tak hengat bermula. Tapi masa diperuntukkan cuma setengah jam. Apaaa!!! setengah jam? Mana cukup bang.So, macam amazing race lah plak,jenguk-jenguk sebanyak mungkin gerai-gerai yang ada.Fuhh rupanya besar juga kawasan itu. So, tak sempat nak menghabiskan kunjungan kesetiap gerai yang ada. Kalau dalam amazing race ni dah kena denda. huhu.

Image hosting by Photobucket
Wahh gilak inii

Next, balik ke hotel, bersihkan diri dan keluar semula untuk makan malam.Nyum Nyum,dinner is served. Ikan tiga rasa, tomyam campur, sayur campur,telur goreng,sambal belacan. Fuhhhh berpeluh juga lah nak menghabiskan. Memang sedap!

Balik semula ke hotel untuk aktiviti bebas.Ok, sebenarnya dah kepenatan mana taknya, dari subuh sampai ke malam tak rest-rest. Oh yer, terlupa, ada juga 4 peserta PFS yang nak menjenguk ke Pasar malam. Besarnya pasar malam dia orang. Tapi tak beli apa-apa lah.Cuci mata aja.

Image hosting by Photobucket
Pasar Malam di Hatyai

Karaoke disediakan oleh pihak penganjur di hotel. Saja jenguk-jenguk sebentar dan menunggu cabutan bertuah. Ada cabutan bertuah yewww.2 ahli PFS telah memenangi hadah cabutan bertuah tersebut.

Image hosting by Photobucket
Tahniah yach

Tepuk tepuk tahniah buat mereka.
Akhirnya berehat sementara tunggu siang untuk acara seterusnya.

Image hosting by Photobucket
Wah ada selebriti ker kat sini?

Hari ke 3, kami di bawa ke Pasar. Macam ala-la Petaling Street lah. Sebelum tu, kita sarapan dulu.

Image hosting by Photobucket
http://www.phangtangmoox.th.com

Jangan tak tau, gerai yang kami pergi ada website sendirii.Saya pilih nasi goreng daging merah dengan air lin che kang panas semuanya 45 bath bersaman dengan RM4.50 lah lebih kurang.

Dengan tidak sabarnya memulakan Amazing Race, haha, mokcik-mokcik, ahkak-ahkak dan abang-abang turun ke kedai yang pertama.Wooo, jeans murahnya,tshirt-tshirt Hardrock cafe, planet Holiwud semua ada jual.Changing room dia yang canggih tu.

Selesai disitu, kami mula turun ke bawah. Wahhhhh mula rambang mata. Tengok handbag bergantungan. Nak apa semua ada. LV,Gucci,CD,dan berbagai lagi. You just name it.

Image hosting by Photobucket
Pening kpla Lily melayan kita org

Ada banyak kelas. Kasut lelaki boleh dapat dalam RM55 yang kalau di Mesia dalam RM200 keataslah.takpe, abg Is, lainkali saya belikan yach pasal tak tau size.Hanbag dia dalam range RM 18 ke ratusan lah.

Image hosting by Photobucket
Labuuu tlg jolok motosikal

Gerai pertama jual handbag dan kasut-kasut kepunyaan Lily.Mulut dia peramah. Suka sungguh tengok segerombolan datang menyerbu gerai dia.kecohlah dia bila kita mula tawar menawar. Lu gi laaaa Lu gi lahhh, Dia maksud dia rugi tapi macam dia cakap kita orang gila plak. haha. Memang gila pun, gila bersopping!

Jalan-jalan ke gerai yang lain sampai kaki kena seretlah.Sampai di luar ternampak pulak jual hanbag 50 bath.

Image hosting by Photobucket
Err kasik ahkak yg warna pink,eh japp warna biru lah, ehh jap jap dua-dua skalilah.hihi

Borong lagi.Kak, cepat kak. Rupanya dia orang dah letih menunggu mokcik-mokcik ni dari tadi.Dari situ balik naik tutt tuttt. 20 bath.

Ok. beri kami 1 jam 1/2 untuk turun semula. Ye lah kaki dah sakitkan. Kenalah pi urut.

Image hosting by Photobucket

Foot Masssage 25 bath, body massage 20 bath.manicure padicure lebih kurang 10 bath!!Facial lagii. nak potong rambut kasik iron pun murah.Malangnya kami diberi masa 2 jam saja untuk ke destinasi sopping yang seterusnya. So, ada yang pilih foot massage dan ada pergi body massage. Salon tu siap bula karaoke lagu melayu lagi. Berkumandanglah Azura, Sonato Musim Salju, Keliru dan sebagainya. Wahhh lega yang amat setelah diurut walaupun berkerut jugalah muka tahan sakit.

Image hosting by Photobucket
Bergambar dgn tukang masat

Abis saja berjalan kaki ke hotel untuk pergi ke tempat sopping seterusnya, Odean. Katanya ada jual Thai Silk disini.

Image hosting by Photobucket
Siap beli kain utk raya

Kami jalan kaki sahaja kerana nak singgah ke kedai jual jersey. Malangnya kedai itu tutup.Hampa juga. Tapi takpe, jalan lagi ke Odean.Banyak juga lah borong sambil mata cari-cari juga barang kecit2 yang Vad kirimkan.Takde plak.(Sowi arr vad nanti saya pulangkan duit yach.)

Lepas tu 3 peserta mao balik sambil 4 lagi teruskan pencarian. "kak, saya belum beli barang mak saya kak" Dialog yang kedengaran berulang kalilah hari itu. Maka kami dibawa ke sekitar Pink lady Kompleks. Kami nak carik jerseylah, tak jumpa-jumpa dan barang mak salah seorang peserta. Terbelilah juga menda lain.Gelanglah,Tshirt Thai. Nanti-nanti uik,tak jumpa jugak barang mak lagi.Jalan lagi jalan lagi sampai cakap esok or malam ni sajalah kita sambung misi.

Image hosting by Photobucket

Oh yer,sempat beli pulut durian dan pulut mangga.Ada kacang ni rasanya macam kuaci sedap gak. Belilah 5 bungkus 40 bath rasanya.

Balik ke hotel. Dinner di gerai yang sama. Nyum nyum, ikan tiga rasa lagi, tomyam,udang sambal petai,khailand belacan dan sambal belacan.Seterusnya, aktiviti bebas.Kami sempat ke Hansan Club tengok 'persembahan kebudayaan'

Image hosting by Photobucket
'Persembahan Kebudayaan'Eh eh cam muka fazura ajer!

Image hosting by Photobucket

Habis pertunjukan, para 'artis' beratur di luar mintak tips.Umangai, ada yang seram terus pergi naik tutt tutt.Sempat juga ambil gambar dengan mereka.Lawa kalahkan Miss world!haha walaupun ada yang kecut perut suruh cepat sikit ambil gambar.Err gambar *tutt* tak boleh disiarkan tak lepas lembaga penapis. ;))

Image hosting by Photobucket
Gambar khas utk abg pinkey

Oleh kerana kami lewat sampai, maka dapat tengok separuh saja. Pakcik tutt tutt kata, takpe kita pergi ke sopping kompleks, Big C, macam ala-ala Giant/ Tesco / Carrefour.
Hajat hati nak sekadar menjenguk, aleh-aleh, bawak juga barang balik.Err salahkan pakcik tutt tutt tu, kerana bawa kami kesitu.haha

Balik ke hotel, bersihkan diri, berpesta makan pulut pulak.

Image hosting by Photobucket

Sedap jugak dan akhirnya baru masuk tidur.Oh yer, misi di Pasar pagi tadi tidak komplete, maka buat janji 2 mokcik dan ina n pasangan dia pergi pasar pagi-pagi sesudah subuh.Set alarm takut tak terjaga.Sebelum tu pack-pack barang sesiap takut tak sempat. esoknya pukul 11 pagi nak balik dah.

Pukul 8.45 waktu Mesia, kami berempat naik tutt tutt lagi menuju ke Pasar. bukan nak beli ikan sayur yer, tapi nak beli purse idaman dan ada lah yang nak beli barang untuk mak lagi. haha.

Ok, pukul 10.30 mission accomplish. mana taknya, kami tunggu orang bukak gerai mereka.Monin moninn cheap cheap. Oh, untuk mereka first customer bawak ong.So, mereka jual sangatlah murahnya.Dapat duit dari kami, siap tepuk-tepuk duit tu kat hanbag/barang jualan mereka.

Ada satu gerai tu dia buka hanya untuk pelancung, jual syyyyhh barang berjenama tapi cheap cheap. Abis je tutup balik gerai tersebut. Takut kena errrr...

Rush balik ke hotel, setelah terpaksa memujuk mokcik mokcik naik tutt tutt yang telah menunggu.Aiseyman, ingat nak sambung buat menicure pedicure, body massage pun tak buat lagi. Tak sempat pulak.Achik cakap, lainkali lah datang lagi. Haha

Setelah pack semua barang bergambarlah depan hotel dengan barang-barang yang diborong. Amboimakk. Mao senget bas ni nanti.

Image hosting by Photobucket

Mujurlah kami bersama dengan mereka-mereka yang datang bukan untuk tujuan 'sopping barang' maka kuota tempat isi barang mereka di ambil oleh kami.

Image hosting by Photobucket
Muka puas 70%

Lebih kurang pukul 12 tgh hari kami bertolak balik. Sepanjang perjalanan tidur-tiduran sambil berborak dan reminiscene kenangan sepanjang di Thailand sambil bergambar-gambaran.


Sampai di border kena cek kastam. Kenalah jugak RM20. Sib baik ada duit belen.

Lebih kurang pukul 8 malam kami sampai di Kuala Lumpur.Begitulah kisahnya percutian kami kali ini.Oleh kerana misi cuma tercapai 70 % sahaja, maka kami buat rancangan misi 30% yang divadkan ke bulan Julai 06.

Jum jum sesiapa yang berminat. Kita pi Hatyai sopping untuk raya! Kena buat wishlist dulu plan baik- baik. hihi

Sesiapa berminat boleh hubungi saya. Kosnya - penginapan,pengangkutan dan makan cuma RM300 seorang selama 4 hari dua malam.Berbaloi yeww!

Ulasan lanjut boleh singgah ke sini dan sinun


Oh yer, sementara kami bersopping sakan di Thailand, abg Is dan Nart wakil kodok telah berjaga mengharumkan nama fellowship of kodoks kerana dapat no 3 dalam pertandingan bowling inter FC anjuran Misha Omar FC dan Farah Fauzana FC.

Antara celebrity yang hadir ialah Afdlin cip kodok, Farah Fauzana tau takpe, Zahid oren,Amy mastura dan Adam.

Sungguh meriah sekali mendengar lapuran dari abg Is dan azizi dalam kereta semasa perjalanan pulang.

Nanti kita update gambar sikit-sikit yerrr. Tengah pilih-pilih ni.zassss

Friday, May 04, 2007

Mari Belajar Mengaji- Republish Again

Yayasan Sekolah Al Quran Kuala Lumpur

Image hosting by Photobucket
Pintu masuk ke yayasan sekolah al Quran


Saya mula belajar mengaji di Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur pada bulan August 2001.
Pada masa itu mak saya baru pulang dari mengerjakan umrah dan beliau ingin mendalami dan belajar mengaji dari peringkat asas lagi.
Mungkin rezeki saya kerana terbuka hati untuk turut sama belajar dengan beliau.

Bermula dari itulah saya telah belajar bersama-sama 15 orang lagi rakan- rakan di kelas 101 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (sejam) sehinggalah ke hari ini.Alhamdulillah


Image hosting by Photobucket
Sila daftar nama di kelas mana yang sesuai murid-murid


Kami telah di bimbing oleh ustaz Shah yang berasal dari Kuala selangor yang telah sabar mengajar kami yang sudah berpangkat kakak-kakak dan mokcik-mokcik.

Bukan tidak ada cabaran untuk terus belajar di sini.Maklumlah benda yang baik memang sukar untuk kita lakukan walaupun pelajaran ini di beri PERCUMA dan di BUKA kepada sesiapa sahaj yang berumur 13 tahun ke atas. Syukur Alhamdulillah saya masih di buka hati untuk meneruskan pelajaran sehingga ke hari ini. Diam tak diam dekat 5 tahun lah juga.

Image hosting by Photobucket
Sedang mengadakan perbincangan berkumpulan

Kelas kami insyaAllah bakal menduduki peperiksaan pada 7 hb May 06 ini. Ya, di sini selain di ajar asas dari Iqra1 hingga Iqra 6 , ilmu tajwid hingga ke AlQuran sehingga katam. Kami juga di beri ujian dan peperiksaan lisan, bacaan dan bertulis. Sekiranya lulus akan di beri sijil.

Setelah ini kami berhasrat untuk teruskan lagi pengajian sehingga ke akhir hayat dan selagi kami dibenarkan terus mengaji di situ.InsyaAllah.

Sekolah AL Quran ini di asaskan oleh seorang hartawan yang dermawann yang tidak mahu dirinya di kenali. Cukuplah di nyatakan hasrat murni beliau ingin melihat umat Islam celik Al Quran iaitu tahu mengaji Quran bertajwid.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa beliau yang hanya satu permintaan beliau iaitu sedekahkan al fatihah setiap kali mulai kelas.

Walaupun ia cuma yayasan persendirian, tetapi sekolah ini terdiri dari tenaga pengajar yang berkelayakan dan bertauliah membimbing sesiapa sahaja yang sudi belajar di sini.

Image hosting by Photobucket
Pelajar kelas 101 bersama ustaz Shah yang kami sayangi dan hormati

Antara nasihat awal ustaz kami yang kami pegang sehingga kini ialah :

  1. Amalan beristiqomah iaitu berterusan walaupun sedikit demi sedikit iaitu hanya 2 jam seminggu tetapi setiap minggu dari belajar sekali banyak tetapi lepas itu di tinggalkan.
  2. Ustaz lebih suka mengajar orang yang tidak pandai tetapi rajin datang belajar dan tidak tinggalkan kelas daripada orang yang pandai tetapi selalu tinggalkan kelas tanpa sebab.

Ustaz kami memang garang dan mengajar kami bersungguh-sungguh tetapi beliau sangat pandai mengambil hati terutamanya yang belajar di sini kebanyakannya sudah lewat usia yang semestinya agak sensitif kan!

Oh ye, Kami di ajar hukum tajwid mengikut kaedah Resam Uthmani. Permulaan kelas di mulakan dari Iqra 1 hingga Iqra 6 barulah melangkah ke Al Quran di samping mengenali hukum -hukum tajwid agar dapat membaca Al Quran dengan bertajwid.

Barulah saya tahu apa itu Nun Sakinah dan Tanwin, Mim Sakinah, Izhar Shafawi dan apa itu Madd dan pembahagiannya.

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tapi ingin berkongsi sama peluang keemasan ini. Marilah kita sama -sama belajar mengaji Al Quran. Pihak pengurusan yayasan ini tidak jemu-jemu menjemput sesiapa sahaja yang sudi mengambil peluang ini.

Apa kata kita rebut peluang keemasan ini. Sekiranya ada tempat lain yang lebih mudah iaitu di surau tempat tinggal anda maka pilihlah tempat itu tetapi sekiranya anda sedang mencari tempat mengaji yang kebetulan membolehkan anda datang ke sini maka Datanglah ke sini

Image hosting by Photobucket
Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)


Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286
Fax no : 03- 2698 1715
(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)

  • Ditubuhkan dari tahun 1998
  • Tidak dikenakan sebarang Yuran
  • Dikendalikan oleh guru-guru AlHafiz dan Graduan IPT dalam /luar negara serta pemegang tauliah JAWI
  • Terbuka pada semua yang berumur 13 tahun ke atas
  • Kelas bermula dari ISnin hingga Ahad (Jumaat tutup)
  • Bermula pukul 8.00 a.m hingga 10.00 p.m
  • 2 jam seminggu
  • Bermual dengan Iqra 1 hingga Iqra 6
  • Peserta yang lulus pengajian akan di beri Sijil Khatam Al Quran
  • Pengambilan sepanjang tahun ikut kekosongan.
  • Bilik yang selesa dan berhawa dingin

So, apa lagi kawan -kawan, marilah kita belajar mengaji. Amin.


Image hosting by Photobucket
Pamphlet yang diedarkan oleh sekolah ini


p.s Untuk makluman semua ini adalah yayasan persendirian dan tidak ada kena mengena dengan unsur-unsur politik yer.

Monday, February 05, 2007

Cerita Kontot / Pendek / Mini Entry


Peristiwa ini berlaku pagi tadi. huhu

Oleh kerana week end baru ni akak ada job pi ambil gambar pengantin, makanya terlebih letih lah dan tak cukup tidur.

So, pagi tadi lepas anak-anak sudah pergi sekolah, panjatlah balik katil. Masa tu dah pukul 7.40am. Eh sempat lagi ni tidur balik. huhu.

So, akak pun set lah jam kat handphone pukul 8.10 am. Kira-kiranya cukup lah 30 minit dapat lelapkan mata kan.Akak ni memang harap alarm untuk kejutkan pagi-pagi.Alarm dia pulak lagu yang anak letakkan. Style alarm tu bunyi kan dia increasing volume dia. Very iritating so nak tak nak memang kena jaga lah kasi tutup itu alarm. Ada gak akak tutup alarm tapi tidur balik.Err ada lah beberapa kali berlaku.Errr adalah lebih dari 5 kali. ;))

Ok, nak jadi kan cerita, originally alarm akak set pukul 6.00am. So akak resetkan lah balik alarm tu ke pukul 8.10am

So, saya pun beradu lah siap tarik selimut.Dah agak-agak satu ketika tu sedang dalam tidur tu l terpikir lah pulak kenapa alarm nk tak berbunyi-bunyi.Setengah jam bukan nya lama sangat kan.

Tapi, oleh kerana terlalu bergantung pada alarm untuk bangun, so, selagi tak berbunyi alarm tu, akak tak mahulah bangun kan.Tapi boleh rasa heran lah takkan setengah jam lama sangat kan.

Jadi nya terpaksa lah bangun tengok kenapa alarm tak berbunyi-bunyi lagi.Oh ya kenapa perlu bangun sebab akak pi charge handphone tu. Charger dekat tepi radio. So, kenalah bangun.

Ooooo patutlahhhhh

Rupa-rupanya alarm tu di set kan tak habis. Tak save changes Makanya, ia masih di set pukul 6.00 am untuk esoknya. Eh lupa nak bagi tau, rupa-rupanya dah pukul 8.21am. Pe lagi mengelabah lah, nak cari baju lagi, nak gosok tudung lagi (errr bibiklah yang gosoknya. huhu) nak mandi lagi.

So, pagi ni, akak sms kasi tau adik akak ni apa yang berlaku. So, dia lah cadangkan, kak buatlah entry pasal cerita pendek ni. huhuhu siap kasik idea tulis tajuk apa.Kesudahan nya tajuk pun ada a few. ;)

So, moral of the story, lainkali,setkan betul-betul okeyyyy.Eh entry pendek dah jadi panjang lah pulak kan. huhuhu

TAMAT

* boleh menang award tak cerita pendek ni ek. huhuhu
** tahniah kat Mawi , menang lagi anugerah popular. ;)

posted by aidid at Monday, February 05, 2007 3 comments

Friday, February 02, 2007

Tahun 2007

Wah lamanya tak meng update.

Banyak tul peristiwa berlaku, ada sedih, ada gumbira, ada yang expected ada yang unexpected.

Pokoknya macam-macam ada.

Buat permulaan, menjelang je tahun baru syarikat akak bertukar nama baru, nama pun ada ala-ala cicak mann. huhu

Bukan itu saja yang tukar, opis pun berpindah ke building baru, jadinya nombor telefon pun bertukar lah kan.

Tambah lagi, nombor telfon bimbit akak pun tak kalah nak gak tukar bersama-sama hand set baru, huhu. Err bab-bab tukar nombor hp ni perkara biasa je lah bagi akak kan. hahahaha

Apa lagi yer yang tukar?

Orangnya tetap sama walaupun dah masuk abad dot dot dot.syyyyhhhh

Bagi amejing race tahun ni pula di mulakan dengan cuti-cuti ke bandung dan jakarta ya ibuk-ibuk dan bapak-bapak. Nantilah saya cuba uploadkan gambar.

*Nota buat abg poi, woittt gambar dia yang paling banyaknya,huhu. Akak dah cuci tau, bila mao buat sessi tengok-tengok gambar ni.*

Dan buat bulan pertama ini juga buat pertama kali akak telah menjoin adik stalker ini pi ke konsert 'ujan'. Waduh best bangat.Konsert sejam setengah begitu rancak sekali sampaikan akak risau takut dia pengsan kepenatan.

Memang lah tak tau apa dia nyanyikan kecuali ada beberapa lagu ada sarikata dia terpapar kat skrin.Tapi tengok muka dia,senyuman dia, lengan dia, hahaha dan ligatnya dia menari memang terpukau. :D

So, akak nak ucapkan selamat tahun baru dan selamat maal hijrah.

Selamat hari lahir kapada mak tercinta dan my own son, aidid, hepi birthday, mmuah mmuah.

Buat suami tercinta, I love u more, buat anak-anak ku, umi sayang semua, buat kawan-kawan dan member tenet, jum lah pi golek dan bila nak buat amejing race lagi. huhu. Oh ye tahniah pada joe jer dan zabrina. U make us proud!

Dan juga pada my twin, I 'll be there for you. ;)

Yezzerrrr .....

posted by aidid at Friday, February 02, 2007 5 comments

Friday, July 21, 2006

LOTTER AF4 - Fringggggggggg

Photobucket - Video and Image Hosting


Tahun ni AF4 serasa suam -suam kuku saja. hahaha

So, ramai yang hanya ingin jadi pemerhati saja dan tidak kurang yang duduk di bawah tempurung.*ketis penghuni tempurung.* ;)

Apa yang saya rasa, AF masih lagi mengungguli rancangan reality tv so far. Tengok saja rancangan sekarang - one in a million dan mentor or be it Hits 1 jeng jeng jeng dan rancangan2 yang lain yang sewaktu dgn nya.

Bagi saya AF tetap no 1 dari segi persembahan isinya,pengacara dan hadiah juga sangat lumayan.Rancangan mentor baru-baru ini kecoh dengan pemilihan protege. Maka saya dapat lihat penonton/penyokong riuh rendah di bawah.Tiada kawalan dan pengacara rancangan tidak initiatif untuk menenangkan penonton.Di sini lebihnya AF. Aznil pasti pandai mengawal keadaan.Saya dengar juga satu rancangan reality ini pihak urusan siap buatkan banner lagi dan memberi tiket pada sesiapa sahaja untuk datang dan diberi banner untuk di pegang semasa rancangan berlangsung.Di AF, peminat dengan kreativiti sendiri membawa banner yang berbagai corak(termasuk lah saya. haha) tanpa di paksa. tiket juga tidak mudah di perolehi.

Namun demikian oleh kerana sudah 4 musim maka mana rancangan pun pasti ada pasang surutnya. Astro sering saja cuba mencuba perkara baru atau kezutan2 yang buat penonton terkena bahana.

Saya dari dulu memanglah penyokong setia AF. huhu. Tanpa AF rasa minggu-minggu kita hambar saja.Kemuncak AF pastinya AF3 di mana Mawi menjadi juara dan saya bergiat aktif dengan Kefli fc ( sehingga lah kini)....

Permulaan AF4, saya melihat dari tirai akademi dan terus ke prelude. Saya suka melihat pelajar dari Sabah ni, Lotter yang menyanyikan lagu Monday morning. Saya terkejut sebenarnya kerana dalam tirai beliau kelihatan sungguh 'kampung' tapi bila konsert sungguh bergaya sekali.

Maka saya ikuti perkembangan beliau dalam diary dan juga konsert mingguan.

Minggu pertama dengan lagu Azizah, dia bawa dengan baik sekali. He is quite a joker. Persembahan dia hidup walaupun memiliki suara yang 'sengau' tapi saya suka. hahahaha

Dari minggu ke minggu, he did perform ok dan ini saya rasa punca utama ialah pemilihan lagu yang kurang sesuai dengan suara beliau. Konsert ke 5 saya mula pergi melihat secara live setelah SM offer tiket. Thanks SM

Konsert ke 6 dan ke 7 sehingga lah beliau tersingkir. :( Saya memang tidak mengharapkan beliau akan terus ke final tapi bila beliau tersingkir, terasa lah hambarnya konsert final itu nantikan.

Diary dirasakan hambar sekali. Tiba-tiba kita terdengar suara Lotter menegur Faizal di dalam diary.Terasa sungguh kita kehilangan Lotter.Syabas Astro kerana berjaya membuat orang merasa sedih dan kehilangan.

So, pada fans lotter, kemungkinan sesuatu akan berlaku di konsert minggu ini. Bersedia lah.


Fringggggg

posted by aidid at Friday, July 21, 2006 13 comments

Wednesday, May 31, 2006

Mari Berkemping Bersama Kefli

Photobucket - Video and Image Hosting


Satu lagi aktiviti bersama Kefli akan di adakan bulan Julai ini.

Tarikh : 29 July 2006
Hari : Bertolak pagi Sabtu, balik petang Ahad
Tempat : Chalet D'Pantai,
Pengkalan Balak, Melaka
Kos : Penginapan - Chalet Kipas : RM70 seunit
Kemah bawa sendiri
Makanan,Karaoke dan Games : RM50 satu kepala dewasa
RM25 kanak2 bwh 12 tahun
Pengangkutan : Sendiri




Photobucket - Video and Image Hosting
Teratai Rehat Atie Ira Chalet D Pantai

Photobucket - Video and Image Hosting
Chalet berkipas


Photobucket - Video and Image Hosting
Chalet Ekon

Photobucket - Video and Image Hosting
Model kanak-kanak. huhu

Photobucket - Video and Image Hosting
Gelongsor pun aderr

Photobucket - Video and Image Hosting
Mari main jungkang jungkit

Photobucket - Video and Image Hosting
Top model bergaya di tepi pantai



Photobucket - Video and Image Hosting
Boleh karaoke di sini u ols



Photobucket - Video and Image Hosting
Kerusi Malas


Photobucket - Video and Image Hosting
Anak beranak makan eskim. hahaha



Sesiapa yang berminat sila hubungi saya yer.

posted by aidid at Wednesday, May 31, 2006 11 comments

Thursday, May 18, 2006

Selamat Hari Ibu

Hari ibu skrg sudah di komersialisekan.

Anyway, anak-anak dah sibuk mengingatkan hari tersebut pada umi dia. Siap pesan bagai.

anak2: umi, ahad 14hb ni umi ada pi mana-mana tak?
umi: ermm takde apa kot.
anak2: ok umi jangan pi mana2 tau.Satu hari tak boleh keluar rumah.
umi: huhu
yana: umi, nanti kasi yana dua ringgit pastu yana kasik umi bende.
zizi : umi, nanti umi bayar duit zizi, nanti zizi belanja umi makan.
umi: ler, takpe, tak payah beli apa2 kasik kiss pun cukup. hehe

Makanya, umi pun tidak keluar ke mana-mana hari ahad lepas.Err pagi lah tak kemana. :D Kelas ngaji pun ustaz beri cuti.Apa lagi bermalas-malasan lah di atas katil. Pukul berapa tah baru nak bangun.Nak turun bawah brekfast tetiba zizi naik bawakkan brekfas. Wah brekfas in bed lah plak mek. Sausage and nugget siap ngan sos chili. Terharu mek u ols.

Lepas tu dapat kad lagi. Oh lupa dapat sms bergambar wishing 'hepi mothers day umi : from your children'.

Wah masa tu sedih campur gembira. Syukur alhamdulillah di kurniakan anak.

Yang kelakarnya, ingat tak yana mintak dua ringgit umi dia blom kasi lagi. So dalam kad wish hepi mother's day tu dia tulis macam ni:

~~~~~~~~
Belah dpn:

Happy mother Day

umi bukalah

(bentuk love)

yana kasik umi


Belah blakang kad:

Dlm bentuk love ada tulisan

umi cakap nak kasi yana RM2 tapi umi tak kasi. Esok umi kasi yana RM2 tau.

~~~~~~~~~

hahahaha.



Selamat Hari ibu pada Puan Rohani Mohd Kassim

Selamat Hari ibu pada Puan Khadijah hj Yan

Selamat Hari ibu pada semua kaum ibu dan bakal ibu.

posted by aidid at Thursday, May 18, 2006 9 comments