Monday, February 05, 2007

Cerita Kontot / Pendek / Mini Entry


Peristiwa ini berlaku pagi tadi. huhu

Oleh kerana week end baru ni akak ada job pi ambil gambar pengantin, makanya terlebih letih lah dan tak cukup tidur.

So, pagi tadi lepas anak-anak sudah pergi sekolah, panjatlah balik katil. Masa tu dah pukul 7.40am. Eh sempat lagi ni tidur balik. huhu.

So, akak pun set lah jam kat handphone pukul 8.10 am. Kira-kiranya cukup lah 30 minit dapat lelapkan mata kan.Akak ni memang harap alarm untuk kejutkan pagi-pagi.Alarm dia pulak lagu yang anak letakkan. Style alarm tu bunyi kan dia increasing volume dia. Very iritating so nak tak nak memang kena jaga lah kasi tutup itu alarm. Ada gak akak tutup alarm tapi tidur balik.Err ada lah beberapa kali berlaku.Errr adalah lebih dari 5 kali. ;))

Ok, nak jadi kan cerita, originally alarm akak set pukul 6.00am. So akak resetkan lah balik alarm tu ke pukul 8.10am

So, saya pun beradu lah siap tarik selimut.Dah agak-agak satu ketika tu sedang dalam tidur tu l terpikir lah pulak kenapa alarm nk tak berbunyi-bunyi.Setengah jam bukan nya lama sangat kan.

Tapi, oleh kerana terlalu bergantung pada alarm untuk bangun, so, selagi tak berbunyi alarm tu, akak tak mahulah bangun kan.Tapi boleh rasa heran lah takkan setengah jam lama sangat kan.

Jadi nya terpaksa lah bangun tengok kenapa alarm tak berbunyi-bunyi lagi.Oh ya kenapa perlu bangun sebab akak pi charge handphone tu. Charger dekat tepi radio. So, kenalah bangun.

Ooooo patutlahhhhh

Rupa-rupanya alarm tu di set kan tak habis. Tak save changes Makanya, ia masih di set pukul 6.00 am untuk esoknya. Eh lupa nak bagi tau, rupa-rupanya dah pukul 8.21am. Pe lagi mengelabah lah, nak cari baju lagi, nak gosok tudung lagi (errr bibiklah yang gosoknya. huhu) nak mandi lagi.

So, pagi ni, akak sms kasi tau adik akak ni apa yang berlaku. So, dia lah cadangkan, kak buatlah entry pasal cerita pendek ni. huhuhu siap kasik idea tulis tajuk apa.Kesudahan nya tajuk pun ada a few. ;)

So, moral of the story, lainkali,setkan betul-betul okeyyyy.Eh entry pendek dah jadi panjang lah pulak kan. huhuhu

TAMAT

* boleh menang award tak cerita pendek ni ek. huhuhu
** tahniah kat Mawi , menang lagi anugerah popular. ;)

3 Comments:

Blogger waiem said...

sabas buat adek akak sebab bagi idea apdet blog huhu

moral of the stori kalau alarm tak munyik sambung tido sampai ptg...kalu bos tanya nape tak pi opis...leh salahkan alarm tak munyik huhuhu

07 February, 2007 09:58  
Blogger aidid said...

hahahaha tu ler pasal.Salahkan aja alarm tu kan.Siapa suruh dia tak bunyi kan kan.

Eh citer table tu dah abis ke ek?

07 February, 2007 11:20  
Anonymous Anonymous said...

Wah fotonya mesra banget, hmmm.

12 March, 2007 14:19  

Post a Comment

<< Home