Selamat Hari Ibu
Hari ibu skrg sudah di komersialisekan.
Anyway, anak-anak dah sibuk mengingatkan hari tersebut pada umi dia. Siap pesan bagai.
anak2: umi, ahad 14hb ni umi ada pi mana-mana tak?
umi: ermm takde apa kot.
anak2: ok umi jangan pi mana2 tau.Satu hari tak boleh keluar rumah.
umi: huhu
yana: umi, nanti kasi yana dua ringgit pastu yana kasik umi bende.
zizi : umi, nanti umi bayar duit zizi, nanti zizi belanja umi makan.
umi: ler, takpe, tak payah beli apa2 kasik kiss pun cukup. hehe
Makanya, umi pun tidak keluar ke mana-mana hari ahad lepas.Err pagi lah tak kemana. :D Kelas ngaji pun ustaz beri cuti.Apa lagi bermalas-malasan lah di atas katil. Pukul berapa tah baru nak bangun.Nak turun bawah brekfast tetiba zizi naik bawakkan brekfas. Wah brekfas in bed lah plak mek. Sausage and nugget siap ngan sos chili. Terharu mek u ols.
Lepas tu dapat kad lagi. Oh lupa dapat sms bergambar wishing 'hepi mothers day umi : from your children'.
Wah masa tu sedih campur gembira. Syukur alhamdulillah di kurniakan anak.
Yang kelakarnya, ingat tak yana mintak dua ringgit umi dia blom kasi lagi. So dalam kad wish hepi mother's day tu dia tulis macam ni:
~~~~~~~~
Belah dpn:
Happy mother Day
umi bukalah
(bentuk love)
yana kasik umi
Belah blakang kad:
Dlm bentuk love ada tulisan
umi cakap nak kasi yana RM2 tapi umi tak kasi. Esok umi kasi yana RM2 tau.
~~~~~~~~~
hahahaha.
Selamat Hari ibu pada Puan Rohani Mohd Kassim
Selamat Hari ibu pada Puan Khadijah hj Yan
Selamat Hari ibu pada semua kaum ibu dan bakal ibu.
9 Comments:
hahaha pesan kat yana kalu umi tak kasik RM2 nnti kak waiem kasik...mender la dia nak beli tu ek...tah tah dia nak belikan umi dia manila kad tak....muahahahaha
alalalalala..tomei tomei nyerrrrr...bertuah betul ummi dorang ni, breakfast in bed gitu...mama yang ni lak ahad tu kelam kabut bangun nak pegi ngaji muahahahaha.....apa ekk yana nak kasi?..semalam, ammanda ngan izzad bagi rantai manik yang dorang cucuk sendiri..suh mama dia pakai hehehe...errrr...nak pakai pegi mana ekkkk muahahaha
Hehe wai em. takpe.Isnin tu umi dia dah kasik yana.Lepas tu rupanya dia maksudkan kasi duit belanja RM2 pasal selalunya duit belanja dia RM1.50 aje.Akak ni kasiklah dia lebih RM2 dari biasa. So dia pulangkan balik amek 0.50 je utk jadikan duit belanja dia hari tu RM2. Innocentnya kan, klu org lain dah ambil semua kan.:D
ogy,aaa pakai lah pi keja.pastu sblom org tanya trus je jwb,rantai manik ni anak2 I yg buat sendri tau. huhu
Orgy, pakai time pi konsert Radja la...kuang kuang kuang..
Anak saya syira je yg wish. Tu pun baru nak terharu pastu tanya dia cemana tau? cekgu bagitau ker? dia jawap ..."tak..dengar kat redio"
like doter like father..huhu!
ehh ..tapi kan pepagi lagi yong dah wish saya "selamat hari ibu". Terharu dapat "anak" cam yong..muakakakkak!
hensem gak tu poi, pakai masa pi tgk konsert radja. muahahaha.
cikgu syira tak suruh buat kad hari ibu ek.Mebbe cikgu dia ingatkan anak murid buat kad utk hari cikgu je kot.:D
Amboi susahnya soalan exam. Awat dibuat susah banget gitu.
I think I'll faillah
Mardhiah bte mohd yusoff
Ni soalan kes nak dera anak murid nih.
Kefli tu sapa kak aidid? Kat pengkalan balak tu kami nak join koroke je berape ek?
Mardhiah bte Mohd Yusoff
Mardhiah,
Tu lah soalan2 dia memang payah cuma kami sudah diajar begitu dari awal. Selalu ada soalan2 bulanan sebelum final exam.Memang teruja jadinya kami buat saja lah yang terbaekk bak kata budak2 AF.
Kalau mawi awak kenal takkan tak kenal Kefli,bekas pelajar AF3 jugak. :D
Uik nak datang karo saja? Duduk dkt area sana ker?
ha ha ha tak my office mate minat karoeke. Saja boring2, hang out together.
Apprently Kefli is mom favourite AF3 contestant, tersedak saya mendengarkannya. (Weekend lepas, my cousin bagi tau)
Me duduk jela, kang tsunami kang kat pengkalan Balak tu. Cam ner nak kontek ah?
Mardhiah
Post a Comment
<< Home