Tuesday, April 25, 2006

Urutan Terapi Badan Untuk Kesihatan

Anda lenguh-lenguh badan sakit-sakit kaki?

Ada berita baik untuk anda semua.Tak perlu ke Hatyai untuk mendapatkan urutan terapi ini yer. :D

Image hosting by Photobucket

Abang Ismail bin Sapawi berpengalaman selama 19 tahun sebagai tukang urut terapi badan dan kaki untuk kesihatan.Yang menariknya beliau adalah seorang yang cacat penglihatan (buta) dan kurang pendengaran. Beliau kehilangan penglihatan disebabkan demam panas sewaktu beliau berumur 9 tahun lagi.

*Perhatian bagi ibu bapa yang punyai anak.Demam panas memang sangat merbahaya terutama bagi kanak-kanak kerana ia boleh menyebabkan seseorang itu cacat penglihatan lumpuh dan sebagainya dan ada juga yang boleh membawa maut. Makanya jangan di ambil mudah sekiranya anak kita mendapat demam. Marilah kita saling ingat mengingati*

Abg Ismail mendapat sijil urut dari Persatuan Orang-orang buta (MAB) di tahun 1987.Beliau mengamalkan urutan terapi ala Taiwan siap dengan bunga-bunga urutan (tepuk-tepuk ala karate).

Image hosting by Photobucket
Sijil Urut Terapi dari MAB

Servis urutan ini dijalankan di rumah kediaman beliau bersama isteri dan 5 anak lelaki beliau. Siap di dalam satu bilik khas di lengkapi dengan katil urut dan and juga bakal di hiburkan oleh muzik 60 an , irama nasyid dsbnya. :D

Servis urutan terapi untuk kesihatan ini adalah seperti berikut:

~ Seluruh badan untuk Lelaki -- Tempuh dalam 1 jam 45 min --> RM50 Shj

~ Separuh Badan untuk Lelaki -- Tempuh dalam 1 jam --> RM20 Shj

~ Kaki Separa Lutut untuk Lelaki dan Perempuan -- Tempuh dalam 1 jam
--> RM20 Shj

Servis ini di adakan setiap hari dan setiap masa dan perlu membuat temujanji dahulu.


Image hosting by Photobucket
Sapu krim kat badan


Image hosting by Photobucket
Urut-urut bahu


Image hosting by Photobucket
Bunga Taiwan ala-ala karate yew


Image hosting by Photobucket
Urut kaki utk wanita juga ada


Image hosting by Photobucket
Kad OKU


Image hosting by Photobucket
Abg Ismail bersama isteri dan 2 anak mereka

Marilah kengkawan, sesiapa yang nak urut badan cubalah cara urut terapi ala taiwan ini. InsyaAllah badan anda akan rasa segar selepas itu di samping dapat membantu orang kurang upaya mencari rezeki.

Sila hubungi:

Abg Ismail b Sapawi
013-3945 600

Blok D
PPR Cochrane 1
Jln Peel Bt 2 1/2
Cheras

Sesungguhnya Allah mengambil deria mata beliau tapi mengurniakan beliau dengan kepandaian ini.

Betapanya Allah itu Maha pengasih lagi Maha penyayang.....

p.s Kak As, isteri abg Ismail satu kelas mengaji dengan saya dan saya amat menghormati beliau .........

14 Comments:

Blogger Orgkampung said...

ahkak....errrr yang dalam gamba tu betul ke isteri dia?..cam anak dia je ropa ekekekeke...lerrrr yang untuk pompuan separuh kaki je ke?...satu badan takde ke....bukan berurut ngan dia ler kan...ngan org pompuan la hehehehe

26 April, 2006 10:03  
Blogger aidid said...

yer cik, tu isterinya, kak as yg pandai mengaji tu. Saya amek tuisyen sama dia. :D a very humble person.

Muga murahlah rezeki mereka sekeluarga. Amin

Err urut satu badan pompuan jom kita pi kat Hatyai ogos ni. huhu

26 April, 2006 10:07  
Blogger waiem said...

Urutin cewek nya nngak ada...hehe

26 April, 2006 11:35  
Blogger Orgkampung said...

ooo....akak ni ler yang akak pi tusen ari tu ye....errr akak..kita nak beautiful life...nanti kita kasik hero...takuya kimura gak bakon ekkk

26 April, 2006 15:24  
Blogger aidid said...

bleh2 beautiful life kalo dpt berymlah kan. hehe

nanti wik end ni kita bawak itu cd.Err akak x tgk lagi anis yg dh tgk. Minggu ni sibuk nak menghabiskan DH2. Smlm baru katam. :D

26 April, 2006 15:36  
Blogger aidid said...

wai em urutin cewek ka atau cewek yg mengurut. hehe

26 April, 2006 15:37  
Blogger waiem said...

waduh gawat gawat tulisan udah bleh gerak gerakin ni....haha

26 April, 2006 16:25  
Blogger aidid said...

hehehehe. kena bertapa nuntut ilmu ni 4 hari 2 malam ngan tok guru seberang sana.ala yg nakal2 tu.;)

next mao letak suara mamat tu plak.Itu Iris

26 April, 2006 17:12  
Blogger admin said...

alo kak aidid, minta ampun yarc kalau menggangu. tapi link budak nakal kat bawah tu tak leh bukak yang mungkin linknya perlu diperbaiki dong..

03 May, 2006 15:25  
Blogger aidid said...

kui kui kui. sowilah adik nakal. akak tersilap letak lah tu. akan di perbetulkan sekarang jugek. ;)

03 May, 2006 15:38  
Anonymous Anonymous said...

kak aidid, saya dah try pi urut. syiokk ma. lama laks tu. puas hati la. yg lain yg nak try, sure puas hati. selamat mencuba!!!

13 June, 2006 11:46  
Blogger aidid said...

oo betul lah awak yg pi ek faiz. kak as isteri dia kasi tau akak.
kalau best war-warkan lah kat org lain yer.

13 June, 2006 12:34  
Anonymous Anonymous said...

Enjoyed a lot!
» » »

09 August, 2006 10:40  
Anonymous Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! international society for sexual impotence research Virtual reality headsets Arizona implant dentist Mcse dumps freebies Contact lenses eye care hemochromatosis Prozac durapack

22 February, 2007 00:45  

Post a Comment

<< Home