Selamat ke Tahun 2006
Pejam celik pejam celik dah berakhir tahun 2005.
Begitu cepatnya masa berlalu dan begitu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2005.
Yang pasti ia menjadikan saya lebih matang lagi, InsyaAllah.
Kerjaya
Tahun 2005 boss baru menggantikan boss lama yang beralih angin. Lama juga bekerja dibawah Mr xxx.err sebut betul2 ye nama dia. Spelling pun mesti betul. Pantang tok nenek dia kalau org eja nama dia silap. Sebut nama tu mmg sokmolah salah org sebut. Sebagai gurauan kami di opis akan cakap, sebut ' dua tuttt' hihi.
Yang pasti, Mr xxx memang seorang yang amat teramat cerewetnya dan selalu menyuruh kita mencuba.Cuba apa lagi kalau bukan cuba kurangkan kos. Segala apa menda or servis mesti cuba tawar menawar. Argghh masa tu kita yang jadi orang tengah akan merasa tensen yang amat. Ye betul, memanglah tak semudah itu kita harus setuju saja dengan harga yang di tawarkan tapi ada kalanya kena munasabah gak.Tapi yang peliknya bila kita mencuba hasilnya kita akan dapat walaupun tidak dapat kurang sepenuhnya dari apa yang kita minta tapi dapat. Itu yang membuatkan he continue to keep doing it. Perkara ini mengajar saja untuk menjadi 'the negociater'. :D
Satu lagi perkara yang saya tidak akan lupa ialah relationship saya dengan nya.Relationship sebagai pekerja dengan bossnya lah. Saya dapat merasakan beliau memberi sepenuh kepercayaan untuk kita menjalankan tugas tanpa banyak campur tangan.Yang penting apa yang dia mahu kita tunaikan be it rain or shine.
Untuk orang akaun kami di beri flexibility kerana kita bukan under operation yang harus selesaikan kerja there and than. Untuk kami, ada dateline. Asalkan you meet the dateline, fine. So, hujung tahun adalah antara bulan-bulan yang teramat sibuknya kerana closing account.
Yang peritnya hujung tahun ini berbagai benda selain closing account kena saya siapkan.Tensyennya dah sampai ketahap cipanlah err tapi ada jugaklah masa untuk pergi menonton wayang bersama keluarga dan kawan-kawan. ( Sila rujuk entry 'Antara Chicken Little, Harry Porter, Narnia, Rock, King Kong and Amazing Race')
Keluarga
Cuti sekolah tahun ini agak lama dan saya rasa bersalah juga kerana tidak boleh mengambil cuti lama untuk bersama dengan anak-anak. Namun dapat juga meluangkan masa dengan mereka dengan beberapa aktivity. I'll make sure I do that actually.
Kebanyakan masa mereka dihabiskan di rumah cousin2 mereka. Anis di rumah Lisa/Mimi dan ke rumah Wai seterusnya. Yani sampaikan sebulan rasanya tak jumpa beliau kerana beliau begitu seronok menghabiskan masa dengan projek2 'the gedik2 girls' bersama Safiah,Wai,Qai dan Mawaddah.
Azizi pula bersama Ashraf di rumah neneknya kerana disitulah ramai sepupu lelaki. Rajin ikut nenek dia pergi solat di Masjid. Amin.
Tingallah Yana dan Aidid di rumah. Mereka agak kecil untuk tidur di rumah sepupu mereka walaupun ada juga lah sehari dua.
Minggu terakhir bulan Disember mulalah persiapan sekolah. Pening untuk menyiapkan untuk 5 orang. Aidid di Tadika. Mind you fees dia mengalahkan budak sekolah menengah!
Yana di tahun ke dua,Yani di tahun ke 4, Azizi UPSR tahun 206 ni dan Anis sudah melangkah ke sekolah menengah.
Banyak juga nak di siapkan. Cari baju sekolah, kasut, bag, alat2 sekolah - pencil, kaler,pemadam,ruler, pencl box and the list goes on. Minggu ni beli buku-buku sekolah pulak. Mak datuk mahalnya. Nak buat macam mana tak dapat buku pinjaman. Minggu depan dengan yuran pula.
No, I'm not complaining. Anak ada lah rezeki. Bila Allah kurniakan 5 anak pada saya, bermakna saya mampu menjalankan amanah Allah membesar dan mendidik mereka. InsyaAllah I'll do my best for them. Siapalah saya tanpa mereka.
Visi and Misi
Yup. Setiap hujung tahun sebelum melangkah ke tahun baru, pasti kita akan ditanya apakah azam tahun baru. InsyaAllah I have my vision and mission. Siap dengan kertas kerja lagi yeww. I'm trying to improve myself in whatever I do. Anak-anak makin membesar. Mereka perlukan tumpuan yang lebih. Saya akan cuba menjadi isteri dan ibu yang berpikiran positif dan cuba menjalankan tanggungjawab saya sebaiknya.
Kerjaya juga makin mencabar dengan boss baru tapi saya suka dengan kerjaya saya so tensen2 pun I'm happy sebab inilah kerjaya yang saya pilih.
Bisness saya dalam fotography akan cuba di kembangkan InsyaAllah. Nantikan saja!
Pendek kata, perancangan yang teliti sedang dalam perancangan. :D
Kita merancang Tuhan yang menentukan tapi kita harus terus dan terus merancang dan menjayakan yang dirancang.Allah suka orang yang berusaha dan tidak menyerah kalah, tak gitu.
So, kepada semua, Selamat tahun baru saya ucapkan. Be positif always!
5 Comments:
hepi nu yer kak
hepi niu yer...smoga tercapai apa yg diimpikan dalam tahun 2006
hepi new year ijin. hepi new year wai em.
InsyaAllah, muga yang diimpikan tercapai tahun ini.Amin
hepi new year KA..semoga bertambah lagi keluarga incik iskandar..huhu
hepi new year akak..semoga dimurahkan rezeki dan dilebihkan nikmat untuk kita bersyukur :-)
Post a Comment
<< Home