Friday, May 04, 2007

Mari Belajar Mengaji- Republish Again

Yayasan Sekolah Al Quran Kuala Lumpur

Image hosting by Photobucket
Pintu masuk ke yayasan sekolah al Quran


Saya mula belajar mengaji di Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur pada bulan August 2001.
Pada masa itu mak saya baru pulang dari mengerjakan umrah dan beliau ingin mendalami dan belajar mengaji dari peringkat asas lagi.
Mungkin rezeki saya kerana terbuka hati untuk turut sama belajar dengan beliau.

Bermula dari itulah saya telah belajar bersama-sama 15 orang lagi rakan- rakan di kelas 101 setiap hari Sabtu dan Ahad pukul 8.00 pagi hingga 9.00 pagi (sejam) sehinggalah ke hari ini.Alhamdulillah


Image hosting by Photobucket
Sila daftar nama di kelas mana yang sesuai murid-murid


Kami telah di bimbing oleh ustaz Shah yang berasal dari Kuala selangor yang telah sabar mengajar kami yang sudah berpangkat kakak-kakak dan mokcik-mokcik.

Bukan tidak ada cabaran untuk terus belajar di sini.Maklumlah benda yang baik memang sukar untuk kita lakukan walaupun pelajaran ini di beri PERCUMA dan di BUKA kepada sesiapa sahaj yang berumur 13 tahun ke atas. Syukur Alhamdulillah saya masih di buka hati untuk meneruskan pelajaran sehingga ke hari ini. Diam tak diam dekat 5 tahun lah juga.

Image hosting by Photobucket
Sedang mengadakan perbincangan berkumpulan

Kelas kami insyaAllah bakal menduduki peperiksaan pada 7 hb May 06 ini. Ya, di sini selain di ajar asas dari Iqra1 hingga Iqra 6 , ilmu tajwid hingga ke AlQuran sehingga katam. Kami juga di beri ujian dan peperiksaan lisan, bacaan dan bertulis. Sekiranya lulus akan di beri sijil.

Setelah ini kami berhasrat untuk teruskan lagi pengajian sehingga ke akhir hayat dan selagi kami dibenarkan terus mengaji di situ.InsyaAllah.

Sekolah AL Quran ini di asaskan oleh seorang hartawan yang dermawann yang tidak mahu dirinya di kenali. Cukuplah di nyatakan hasrat murni beliau ingin melihat umat Islam celik Al Quran iaitu tahu mengaji Quran bertajwid.

Hanya Allah yang dapat membalas jasa beliau yang hanya satu permintaan beliau iaitu sedekahkan al fatihah setiap kali mulai kelas.

Walaupun ia cuma yayasan persendirian, tetapi sekolah ini terdiri dari tenaga pengajar yang berkelayakan dan bertauliah membimbing sesiapa sahaja yang sudi belajar di sini.

Image hosting by Photobucket
Pelajar kelas 101 bersama ustaz Shah yang kami sayangi dan hormati

Antara nasihat awal ustaz kami yang kami pegang sehingga kini ialah :

  1. Amalan beristiqomah iaitu berterusan walaupun sedikit demi sedikit iaitu hanya 2 jam seminggu tetapi setiap minggu dari belajar sekali banyak tetapi lepas itu di tinggalkan.
  2. Ustaz lebih suka mengajar orang yang tidak pandai tetapi rajin datang belajar dan tidak tinggalkan kelas daripada orang yang pandai tetapi selalu tinggalkan kelas tanpa sebab.

Ustaz kami memang garang dan mengajar kami bersungguh-sungguh tetapi beliau sangat pandai mengambil hati terutamanya yang belajar di sini kebanyakannya sudah lewat usia yang semestinya agak sensitif kan!

Oh ye, Kami di ajar hukum tajwid mengikut kaedah Resam Uthmani. Permulaan kelas di mulakan dari Iqra 1 hingga Iqra 6 barulah melangkah ke Al Quran di samping mengenali hukum -hukum tajwid agar dapat membaca Al Quran dengan bertajwid.

Barulah saya tahu apa itu Nun Sakinah dan Tanwin, Mim Sakinah, Izhar Shafawi dan apa itu Madd dan pembahagiannya.

Tujuan saya menulis artikel ini bukanlah ingin menunjuk-nunjuk tapi ingin berkongsi sama peluang keemasan ini. Marilah kita sama -sama belajar mengaji Al Quran. Pihak pengurusan yayasan ini tidak jemu-jemu menjemput sesiapa sahaja yang sudi mengambil peluang ini.

Apa kata kita rebut peluang keemasan ini. Sekiranya ada tempat lain yang lebih mudah iaitu di surau tempat tinggal anda maka pilihlah tempat itu tetapi sekiranya anda sedang mencari tempat mengaji yang kebetulan membolehkan anda datang ke sini maka Datanglah ke sini

Image hosting by Photobucket
Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)


Yayasan Sekolah AL Quran Kuala Lumpur
Tingkat 7, Bangunan Wisma Warisan (Heritage House)
Jalan Yap Ah Shak,
50300 Kuala Lumpur.
Tel no : 03-2691 3286
Fax no : 03- 2698 1715
(Belakang Hotel Sheraton Imperial dan juga berdekatan dengan Jalan Doraisamy)

  • Ditubuhkan dari tahun 1998
  • Tidak dikenakan sebarang Yuran
  • Dikendalikan oleh guru-guru AlHafiz dan Graduan IPT dalam /luar negara serta pemegang tauliah JAWI
  • Terbuka pada semua yang berumur 13 tahun ke atas
  • Kelas bermula dari ISnin hingga Ahad (Jumaat tutup)
  • Bermula pukul 8.00 a.m hingga 10.00 p.m
  • 2 jam seminggu
  • Bermual dengan Iqra 1 hingga Iqra 6
  • Peserta yang lulus pengajian akan di beri Sijil Khatam Al Quran
  • Pengambilan sepanjang tahun ikut kekosongan.
  • Bilik yang selesa dan berhawa dingin

So, apa lagi kawan -kawan, marilah kita belajar mengaji. Amin.


Image hosting by Photobucket
Pamphlet yang diedarkan oleh sekolah ini


p.s Untuk makluman semua ini adalah yayasan persendirian dan tidak ada kena mengena dengan unsur-unsur politik yer.

20 Comments:

Blogger Orgkampung said...

yessss....jupe minggu depan hehehe..tapi..baru tahu ada hari lain gak ekkkk hehehe

18 April, 2006 10:41  
Blogger waiem said...

jum jum

18 April, 2006 10:43  
Blogger aidid said...

ye adik adik memang kelas ni di adakan sepanjang minggu kecuali hari jumaat. Ikut kesesuaian masing-masing.Dan cuma 2 jam seminggu. yang lainnyer belajar lah sendiri di rumah.

18 April, 2006 10:46  
Blogger edrina said...

dulu pernah dengar gak pasal yayasan ni. TQ kak aidid bagi info..menarik

18 April, 2006 11:25  
Blogger aidid said...

sama-sama Ed. ;)

18 April, 2006 13:00  
Blogger kak jayy in da house said...

wahh.. ustat punya nasehat no. 2 tu.. mmg kena batang idong sendrik.. lokasi dah menarik dan tertarik. tak jauh ngan opis.

bilak mauk mulak kengkawan..

18 April, 2006 15:09  
Anonymous Anonymous said...

pestime simggah sini...
thanks 4 sharing this info :)

18 April, 2006 15:52  
Blogger aidid said...

esok pun boleh mula kak jay. ;))

Alang, welcome welcome.

meh meh semua yang ingin turut sama. Perlukan pertolongan saya bagi tahu yer.

18 April, 2006 16:19  
Blogger SuMie said...

Kak Aidid,
Thanks for the info. Rasa cam nak pegi lah. Bila baca penerangan Kak Aidid, nampak macam sistem pembelajaran dia teratur. Ada public transport lalu situ tak, Kak Aidid? Leceh la kalau asyik nak mintak hubby tolong hantar tiap minggu. Mokcik² aje ke belajar kat situ? Pokcik² semua dah terer ngaji ek? Kalau ramai pokcik², nak gak ajak pokcik kat umah ni gi sekali. Hehehe..

20 April, 2006 08:24  
Blogger aidid said...

Alhamdulillah.

Sumie, bukan saja kakak2 dan mokcik2 belajar di sini, abg2 dan pokcik2 pun ada. Nanti saya minta org ambilkan gambar pokcik2 dlm kelas ek. :D

Sekiranya mao naik putra amat senang. Berhenti di stesen dang wangi lalu jembatan melintas jalan dan jln trus ke bangunan warisan tu.

Bas pun ada. Nanti saya komfimkan yer.

20 April, 2006 09:19  
Anonymous Anonymous said...

...x sabar nk tunjuk blog ni to my parents *wink*...hee hee..... asben i ade pernah ajak i pegi sama ...cuma i jer nk kene try fit it in my shift roster...mmmmm...and it has taken me more than a year to do it...tsk tsk tsk bad bad woman!!look at you...also a mother of five, with a full time job coupled with multiple co-curiculum activities*wink*....and yet still managed to get her priorities in order...waaarggghhh!!!! i'm supposed 2 B yr twin but look at me in comparison!....apekah rahsia anda??? share lah..heh heh...xxleoxx

23 April, 2006 01:39  
Blogger waiem said...

alaaa cemana wat slide tu ke bawah ek? ajarin gue...

semalam tertengok bideoklip kumpulan VE...terpasan sorg budak VE cam muka Ustaz...ye Ustaz VE hehehe

23 April, 2006 15:17  
Blogger aidid said...

Leo, walaupun kita sama tapi hakikatnya berbeza. huhu. I have a fixed working hours job. Every sat and sunday is my off day.That is why I manage to fit in tthe class together with my others extra co-curiculum. *wink back* My advise to you, just try to talk to your management see wether they can allow you to adjust your rooster which not that easy but it is possible and don't feel bad about yourself, perhaps ada cara lain juga untuk belajar mengaji ni. maybe at your own area. Who knows. Never stop trying though.

Aaa tunjuk lah kat ur mother this entry. :D

adik waiem, cara yang sama juga di gunakan cuma belah kanan anda chooselah nak style yg mana, cara slide ka, fading, pushing ect. Hanya klik di tepi kotak itu dan tgk cthnya. Taraa slide anda sudah siap. ;)

24 April, 2006 08:52  
Blogger aidid said...

errr ustaz V.E? huhu

24 April, 2006 08:53  
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah..sy dah lame cari tmpt ngaji..walaupun dah khatam zaman skola rendah dulu..tp bile ngaji blk skang nie..rase cam byk x betul bacaan..

01 May, 2006 22:47  
Blogger aidid said...

alhamdulillah me.

harap anda dapat turut sama mengambil peluang ini.

02 May, 2006 09:16  
Anonymous Anonymous said...

Hi Kak,

Syukur,alhamdulillah...Someone told me about that place recently but was not sure if that place existed.But when I came accross your blog, I am very glad that there is still such place. Am 35 but tak tau baca langsung. Kiranya macam buta huruf terus lah to be honest.Ada ke orang2 yng kat sana macam I and akhirnya dapat membaca dengan baik?
Insyallah, I will go next week kak...Thank you once again

28 December, 2006 16:57  
Anonymous Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! dodge tailgate cables Baby phat handbag Swedish personal income tax rate Handbags monique Aviation life jacket Employer 401 k forfeiture funds Dizziness protonix 1972 dodge colt pics http://www.provigil-for-depression-treatment.info/pharmaceuticalprovigil.html porsche scg Polish car market 2007 toyota minivan Allegra allergy allergy relief for eyes allegra al 2006 dodge magnum touch up paint home decor trains http://www.losangelesinfinitidealerships.info/from_fort_dodge.html Porsche 944 shift handle Bluetooth hands-free headset for blackberry

06 February, 2007 23:03  
Blogger kak jayy in da house said...

testing.. testing

04 May, 2007 15:32  
Blogger kak jayy in da house said...

payahnyer laaa nak letak komen ler ni..

04 May, 2007 15:35  

Post a Comment

<< Home