Kefli dan Raya
Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua.Salah dan silap harap dimaafi.Tahun ini, bulan ramadhan saya sibuk menjual praaapp cookies. First time involve in business jual kueh raya ni sebenarnya.Tak tahu nak estimate berapa nak order and tembusi market.Alhamdulillah,berjaya juga menghabiskan stok akhirnya.:D
Tahun ni saya sekeluarga beraya di kampung husband di Kuala Kangsar.Seronok beraya di kampung ni walaupun kampung suami pasal kita mana ada kampung.:D. tahun ni Yana first time berpuasa. Boleh tahan juga, so far baru dua hari dia tak berpuasa.Nak bangun sahur, seperti biasa sangatlah payahnya. Bibik akan bangun awal dan prepare for the food, pukul 5 a.m kejut kita org termasuklah saya. huhu. Lepas tu acara kejut mengejut budak-budak tu.
Setiap hari adalah cabaran bagi saya untuk make sure budak-budak tu bangun dan makan sahur. Lepas turun ke bawah siap boleh duduk si sofa lagi dan boleh juga tertidur semula.So, kejutkan balik dan suruh basuh muka untuk hilangkan mengantuk.This exercise will takes a while juga.
Dah duduk di meja makan,tengok apa yang ada dihidangkan,ada saja yang komplen cakap tamau makan. So, lagi sekali cabaran untuk menyuruh sambil memujuk mereka makan walaupun sedikit.Berjaya juga walaupun seteguk air. Mana tak kurus budak-budak tu di bulan puasa ni.Maknya juga yang tak turun-turun jugak berat badan pasal masa buka makan, masa sahur pun makan. :D
Tahun ni tak dapat meronda sambil last minit shopping di malam raya di sepanjang jalan TAR. Tahun lepas berjalan dari hujung pangkal ke hujung penghabisan. Bukan apa, seronok tengok orang yang menjual dan barang-barang yang ditawarkan sambil menunggu mendapat offer diskaun pasal nak abiskan stok.
Nasihat saya, jangan beli awal-awal, buat survey dulu baru beli sebab semakin ke dalam, harga dia lebih competitive pulak.Cubalah.
Oh yer, kami sempat mengadakan gathering berbuka puasa Kefli bersama fansnya.Kali ini jamuan tersebut dibuat di Restoren Rahsia dan dihadiri oleh 30 orang fans termasuk ahli keluarga Kefli.Majlis kali ini lebih santai dan Kefli berupaya beramah mesra dengan setiap fans.Dia pergi ke setiap meja sambil berbual dan fans ambil kesempatan untuk bergambar esp Diela.*wink*
Gambar dan update gath nantilah kalau ada kesempatan, saya akan letak di sini InsyaAllah.
Oh yer, jangan lupa sekiranya berkesempatan untuk menyaksikan rancagan The Top Kid setiap Sabtu pukul 5.30p.m di 8tv okeyy.Azizi akan buat roadshow di Sg Wang pada 13 November 05,InsyaAllah.
Note:
gambar di atas, 1)kad raya Kefli untuk peminat beliau.
2)Keflibersama praaapp cookies
3)Kad raya untuk Kefli dari fans
4)Pantun khas untuk kefli dari fans - Faiz yang reka pantun ni
5)Seperti biasa, semua rekaan dan kad hasil rekaan Lan.
Selamat Hari Raya dan Selamat Bercuti.Bagi yang balik kampung, drive Kefli.*wink*
p.s Takziah pada Rem yang telah kehilangan ayah tercinta pada 21 October baru-baru ini.Alfatihah untuk ayah beliau dan muga ruhnya dicucuri rahmat.Amin
5 Comments:
kak aidid...
mana kuih raya prraapp saya??!!???
selamat ari raya aidilfitri utk kak aidid sekeluarga...
semoga bulan yang mulia nih memberikan lebih keberkatan kepada kita semua...
kuih raya prrrappp manaaaaa???
Kak aidid...salam lebaran untuk KA seisi keluarga...pohon kemaafan sekiranya ada terkasa bahasa dan tutur bicara serta perbuatan..salam ceria di hari raya..
errrr..kak aidid..mana saya punya ittew t-sirt...mau buat tido malam maaaaaa... hehehehehe
Aidid, lamanya beraya! Sampai sekarang belum update blog. Masih bersakan-sakan kat kampung ker?
Anyway, apa perkembangan terbaru si Azizi dalam game show tu?
bad, sorry for the delay.
orgy,salam lebaran jua.not too late kan.
erkk tshirt awak yg nak pakai ke anak nak pakai ni.
rem, hahahaha, still raya moodlah. raya kan sebulan.
Azizi has been voted out already.Takpelah,takde rezeki but it is a good experience for him. :D
Akak,
raya dah nak kat abis dah, update laaaa
Post a Comment
<< Home