Isteriku Liza.......
"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata
> Liza lembut sambil membetulkan pakaian
> Usin. Usin tersenyum memandang
> isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin
> mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat
> la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik
> kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak
> pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah
> siap ni." Liza hanya tersenyum melihat
> suaminya itu melayan karenah anak-anak
> mereka yang comel dan manja. "Abang, dah
> lama kita tak balik kampung macam ni,
> ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk
> dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
> abang ada peluang untuk cuti panjang."
> Usin berkata kepada isterinya tercinta.
>
> Perjalanan daripada KL ke Tangkak
> mengambil masa lebih kurang empat jam.
> Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi
> belakang. Begitu juga dengan isterinya,
> Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat
> kampung," Usin berkata dalam hati.
>
> Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak
> keretanya. Semakin lama keretanya
> semakin laju dan Usin semakin seronok.
> Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke
> kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi
> dan Honda Civicnya mula memecut.Usin
> cilok kiri, cilok kanan. Habis semua
> kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin
> masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan
> isterinya yang sedang tidur.
>
> "Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?"
> tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya."Tak ada
> apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai
> kampung nanti." "Sabar bang, sabar. Biar
> lambat tak apa....jangan laju sangat bang,20
> Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya
> memperlahankan kenderaannya. "Rileks
> Liza?tak ada apa-apa," Usin terus
> memotong bas ekspres di depannya tanpa
> was-was.
>
> "Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?"
> kata Usin setelah berjaya memotong bas
> ekspres tadi. "Sudah la tu bang." "Ha... tu
> ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok
> abang motong dia aaa...." Usin terus masuk
> gear 3, pedal minyak ditekannya hingga
> jejak ke lantai.
>
> Usin terus membelok ke kanan untuk
> memotong dan ....di depannya tersergam
> sebuah lori balak yang besar dan gagah
> dan..... BANG!!
>
> "Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar
> suara emaknya. Usin membuka matanya.
> Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza
> mak? Macammana dengan Liza mak?
> Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?"
> Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin
> tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin
> menangis semahu-mahunya di depan
> emaknya.
>
> Emaknya memandang Usin tepat-
> tepat. "Macamana dengan isteri Usin mak,
> Liza?" Usin masih terus menangis.
>
> PANGGG!!
>
> Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh
> emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam.
> Kenapa emaknya buat dia macam
> tu? "Banyak la engkau punya isteri! Keja pun
> pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur
> lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun
> pegi sembahyang!" emaknya terus
> merungut sambil berlalu keluar....
>
> ...Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa
> macam nak masuk dalam tin biskut! Malu
> beb!!
>
> Sekian
>
>
>
> ---------------------------------
>
Huhuhu. Buat saspen ajer daaa. Tapi nasib baik mimpi sahaja, kalau tak
mau meraung is Usin tu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home