Sawadikaaaap
Thailand Here We Kamm
Fuiyoooo berjaya juga misi kali ini walaupun tentatively baru 70% tercapai. :))
The trip memang bessst sesangat apa tah lagi yang pergi kawan-kawan rapat dari PFS yang sudah dianggap sebagai family. Trip yang pada mulanya untuk FCOK tetapi menjadi trip PFS disebabkan Kefli yang empunya badan tidak dapat turut serta atas sebab-sebab yang munasabahlah.
Pada mulanya hampir-hampir macam tak jadi jer. Ada yang janji nak pergi last minit tarik diri pastu tetiba jadik plak ada yang memang trus senyap aje.
Tepat pukul 10.00 malam kamipun berlepas menaiki bas express Damai.Oleh kerana jumlah pelancung tidak cukup kuota maka terpaksa naik bas express biasa.Lebih kurang pukul 6 pagi setelah berhenti 2 kali kami sampai ke border.
Bergambar bersama beg seblom sopping
Setelah selesai mengecop passport, kami berlepas ke hotel sebelum itu singgah breakfast nasik lemak dgn roti canai garing di restaurant Rockie.Achik menyewa van vip muat 12 org yang canggih sekali siap dengan karaoke dan sound system seolah2 kita berada di RedBox plak hehe.
Nasik lemak Siam Nyum Nyum
Van VIP yang canggih
After check in dan membersihkan diri terus kami dibawa ke Nora Plaza tempat jualan barangan kulit,Barangan Hiasan wanita dan macam-macam lagilah.Sempat makan eskim special macam-macam adaa.
Minyak sudah naik wooo kena jimat cermat
Ermmmmm sedapnyerr
Seterusnya ke Kok Yoo dapat lihat jambatan yang terpanjang di Wilayah Thailand.
Sini tak kena Tol, bang
Panjang wooo and the best part takde kena tol samy.On the way ada nampak patung sami budha. Besarrrrnyaaa.Singgah sebentar ke tempat perusahaan makanan kering. Apa lagi mulalah borong gajus,keropok2, kacang tumbuk, sotong kering dan macam-macam lagi.
Gajus adaa,sotong adaaa,macam-macam adaaa
Most beautiful Girl In Malaysia or Thailand? :D
Wah ikan duyung pernah landing kat Pantai Samilla yew. Maka dibina statue ikan duyung di tepi pantai tu.Banyak gerai yang jual cenderamata disitu.
Tunjuk apa tuuu
Sementara yang lain dah jelajah sampai ke ujung pantai, ada lah dua mak chik yang masih sibuk di satu gerai ni membeli belah. haha
Tak puas lagi? Kita orang pergi ke Padang Basa pula.Selalunya tour anjuran achik ni mesti singgah ke Padang Basa dulu baru pergi check in ke hotel. tapi oleh kerana kuota tak cukup maka plan pun berubah. Namun kami tetap di bawa ke sana. Perjalanan memakan masa agak lama sampai boleh tertidurlah dalam van.
Errrr Masat-masat
Yezzer, kami kini berada di Padang Basa tempat membeli belah yang seakan macam di Langkawi.Mulalah aktiviti membeli belah tak hengat bermula. Tapi masa diperuntukkan cuma setengah jam. Apaaa!!! setengah jam? Mana cukup bang.So, macam amazing race lah plak,jenguk-jenguk sebanyak mungkin gerai-gerai yang ada.Fuhh rupanya besar juga kawasan itu. So, tak sempat nak menghabiskan kunjungan kesetiap gerai yang ada. Kalau dalam amazing race ni dah kena denda. huhu.
Wahh gilak inii
Next, balik ke hotel, bersihkan diri dan keluar semula untuk makan malam.Nyum Nyum,dinner is served. Ikan tiga rasa, tomyam campur, sayur campur,telur goreng,sambal belacan. Fuhhhh berpeluh juga lah nak menghabiskan. Memang sedap!
Balik semula ke hotel untuk aktiviti bebas.Ok, sebenarnya dah kepenatan mana taknya, dari subuh sampai ke malam tak rest-rest. Oh yer, terlupa, ada juga 4 peserta PFS yang nak menjenguk ke Pasar malam. Besarnya pasar malam dia orang. Tapi tak beli apa-apa lah.Cuci mata aja.
Pasar Malam di Hatyai
Karaoke disediakan oleh pihak penganjur di hotel. Saja jenguk-jenguk sebentar dan menunggu cabutan bertuah. Ada cabutan bertuah yewww.2 ahli PFS telah memenangi hadah cabutan bertuah tersebut.
Tahniah yach
Tepuk tepuk tahniah buat mereka.
Akhirnya berehat sementara tunggu siang untuk acara seterusnya.
Wah ada selebriti ker kat sini?
Hari ke 3, kami di bawa ke Pasar. Macam ala-la Petaling Street lah. Sebelum tu, kita sarapan dulu.
http://www.phangtangmoox.th.com
Jangan tak tau, gerai yang kami pergi ada website sendirii.Saya pilih nasi goreng daging merah dengan air lin che kang panas semuanya 45 bath bersaman dengan RM4.50 lah lebih kurang.
Dengan tidak sabarnya memulakan Amazing Race, haha, mokcik-mokcik, ahkak-ahkak dan abang-abang turun ke kedai yang pertama.Wooo, jeans murahnya,tshirt-tshirt Hardrock cafe, planet Holiwud semua ada jual.Changing room dia yang canggih tu.
Selesai disitu, kami mula turun ke bawah. Wahhhhh mula rambang mata. Tengok handbag bergantungan. Nak apa semua ada. LV,Gucci,CD,dan berbagai lagi. You just name it.
Pening kpla Lily melayan kita org
Ada banyak kelas. Kasut lelaki boleh dapat dalam RM55 yang kalau di Mesia dalam RM200 keataslah.takpe, abg Is, lainkali saya belikan yach pasal tak tau size.Hanbag dia dalam range RM 18 ke ratusan lah.
Labuuu tlg jolok motosikal
Gerai pertama jual handbag dan kasut-kasut kepunyaan Lily.Mulut dia peramah. Suka sungguh tengok segerombolan datang menyerbu gerai dia.kecohlah dia bila kita mula tawar menawar. Lu gi laaaa Lu gi lahhh, Dia maksud dia rugi tapi macam dia cakap kita orang gila plak. haha. Memang gila pun, gila bersopping!
Jalan-jalan ke gerai yang lain sampai kaki kena seretlah.Sampai di luar ternampak pulak jual hanbag 50 bath.
Err kasik ahkak yg warna pink,eh japp warna biru lah, ehh jap jap dua-dua skalilah.hihi
Borong lagi.Kak, cepat kak. Rupanya dia orang dah letih menunggu mokcik-mokcik ni dari tadi.Dari situ balik naik tutt tuttt. 20 bath.
Ok. beri kami 1 jam 1/2 untuk turun semula. Ye lah kaki dah sakitkan. Kenalah pi urut.
Foot Masssage 25 bath, body massage 20 bath.manicure padicure lebih kurang 10 bath!!Facial lagii. nak potong rambut kasik iron pun murah.Malangnya kami diberi masa 2 jam saja untuk ke destinasi sopping yang seterusnya. So, ada yang pilih foot massage dan ada pergi body massage. Salon tu siap bula karaoke lagu melayu lagi. Berkumandanglah Azura, Sonato Musim Salju, Keliru dan sebagainya. Wahhh lega yang amat setelah diurut walaupun berkerut jugalah muka tahan sakit.
Bergambar dgn tukang masat
Abis saja berjalan kaki ke hotel untuk pergi ke tempat sopping seterusnya, Odean. Katanya ada jual Thai Silk disini.
Siap beli kain utk raya
Kami jalan kaki sahaja kerana nak singgah ke kedai jual jersey. Malangnya kedai itu tutup.Hampa juga. Tapi takpe, jalan lagi ke Odean.Banyak juga lah borong sambil mata cari-cari juga barang kecit2 yang Vad kirimkan.Takde plak.(Sowi arr vad nanti saya pulangkan duit yach.)
Lepas tu 3 peserta mao balik sambil 4 lagi teruskan pencarian. "kak, saya belum beli barang mak saya kak" Dialog yang kedengaran berulang kalilah hari itu. Maka kami dibawa ke sekitar Pink lady Kompleks. Kami nak carik jerseylah, tak jumpa-jumpa dan barang mak salah seorang peserta. Terbelilah juga menda lain.Gelanglah,Tshirt Thai. Nanti-nanti uik,tak jumpa jugak barang mak lagi.Jalan lagi jalan lagi sampai cakap esok or malam ni sajalah kita sambung misi.
Oh yer,sempat beli pulut durian dan pulut mangga.Ada kacang ni rasanya macam kuaci sedap gak. Belilah 5 bungkus 40 bath rasanya.
Balik ke hotel. Dinner di gerai yang sama. Nyum nyum, ikan tiga rasa lagi, tomyam,udang sambal petai,khailand belacan dan sambal belacan.Seterusnya, aktiviti bebas.Kami sempat ke Hansan Club tengok 'persembahan kebudayaan'
'Persembahan Kebudayaan'Eh eh cam muka fazura ajer!
Habis pertunjukan, para 'artis' beratur di luar mintak tips.Umangai, ada yang seram terus pergi naik tutt tutt.Sempat juga ambil gambar dengan mereka.Lawa kalahkan Miss world!haha walaupun ada yang kecut perut suruh cepat sikit ambil gambar.Err gambar *tutt* tak boleh disiarkan tak lepas lembaga penapis. ;))
Gambar khas utk abg pinkey
Oleh kerana kami lewat sampai, maka dapat tengok separuh saja. Pakcik tutt tutt kata, takpe kita pergi ke sopping kompleks, Big C, macam ala-ala Giant/ Tesco / Carrefour.
Hajat hati nak sekadar menjenguk, aleh-aleh, bawak juga barang balik.Err salahkan pakcik tutt tutt tu, kerana bawa kami kesitu.haha
Balik ke hotel, bersihkan diri, berpesta makan pulut pulak.
Sedap jugak dan akhirnya baru masuk tidur.Oh yer, misi di Pasar pagi tadi tidak komplete, maka buat janji 2 mokcik dan ina n pasangan dia pergi pasar pagi-pagi sesudah subuh.Set alarm takut tak terjaga.Sebelum tu pack-pack barang sesiap takut tak sempat. esoknya pukul 11 pagi nak balik dah.
Pukul 8.45 waktu Mesia, kami berempat naik tutt tutt lagi menuju ke Pasar. bukan nak beli ikan sayur yer, tapi nak beli purse idaman dan ada lah yang nak beli barang untuk mak lagi. haha.
Ok, pukul 10.30 mission accomplish. mana taknya, kami tunggu orang bukak gerai mereka.Monin moninn cheap cheap. Oh, untuk mereka first customer bawak ong.So, mereka jual sangatlah murahnya.Dapat duit dari kami, siap tepuk-tepuk duit tu kat hanbag/barang jualan mereka.
Ada satu gerai tu dia buka hanya untuk pelancung, jual syyyyhh barang berjenama tapi cheap cheap. Abis je tutup balik gerai tersebut. Takut kena errrr...
Rush balik ke hotel, setelah terpaksa memujuk mokcik mokcik naik tutt tutt yang telah menunggu.Aiseyman, ingat nak sambung buat menicure pedicure, body massage pun tak buat lagi. Tak sempat pulak.Achik cakap, lainkali lah datang lagi. Haha
Setelah pack semua barang bergambarlah depan hotel dengan barang-barang yang diborong. Amboimakk. Mao senget bas ni nanti.
Mujurlah kami bersama dengan mereka-mereka yang datang bukan untuk tujuan 'sopping barang' maka kuota tempat isi barang mereka di ambil oleh kami.
Muka puas 70%
Lebih kurang pukul 12 tgh hari kami bertolak balik. Sepanjang perjalanan tidur-tiduran sambil berborak dan reminiscene kenangan sepanjang di Thailand sambil bergambar-gambaran.
Sampai di border kena cek kastam. Kenalah jugak RM20. Sib baik ada duit belen.
Lebih kurang pukul 8 malam kami sampai di Kuala Lumpur.Begitulah kisahnya percutian kami kali ini.Oleh kerana misi cuma tercapai 70 % sahaja, maka kami buat rancangan misi 30% yang divadkan ke bulan Julai 06.
Jum jum sesiapa yang berminat. Kita pi Hatyai sopping untuk raya! Kena buat wishlist dulu plan baik- baik. hihi
Sesiapa berminat boleh hubungi saya. Kosnya - penginapan,pengangkutan dan makan cuma RM300 seorang selama 4 hari dua malam.Berbaloi yeww!
Ulasan lanjut boleh singgah ke sini dan sinun
Oh yer, sementara kami bersopping sakan di Thailand, abg Is dan Nart wakil kodok telah berjaga mengharumkan nama fellowship of kodoks kerana dapat no 3 dalam pertandingan bowling inter FC anjuran Misha Omar FC dan Farah Fauzana FC.
Antara celebrity yang hadir ialah Afdlin cip kodok, Farah Fauzana tau takpe, Zahid oren,Amy mastura dan Adam.
Sungguh meriah sekali mendengar lapuran dari abg Is dan azizi dalam kereta semasa perjalanan pulang.
Nanti kita update gambar sikit-sikit yerrr. Tengah pilih-pilih ni.zassss