Rambut yang tidak basah lagi.
Tentang Esok III
Sudah sekian lama
kusimpan rindu untuk esok
pada harum semerbak
rambutnya yang basah,
entah kenapa
aku terus setia
menunggu sebuah janji
yang tak pernah diikat.
Hari ini, rinduku
akhirnya tumpah
tak akan bertakung lagi,
aku harus redha menerima
kasih itu bukan untukku
dia yang pernah kurindu
sudah temui cinta abadi.
Bila datang esok hari
aku bukan lagi perindu
kerana dia telah pergi,
rambutnya yang basah
kulihat terakhir kali
tika dia sedang dikapani.
Cerita tentang esok
tamat di sini, buatku
rambut yang basah itu
baunya hilang di pusara.
(Hanya sekuntum doa
dan, Al-fatihah
untuk dia
amin!)
Norwich, Norfolk
Hmmmm. kisah sedih rupanya. Diceritakan oleh saudara REM yang membuat puisi ini utk rakan beliau.
Tentang sahabat beliau yang mempunyai isteri yang mempunyai hobi yang agak ganjil. Isteri beliau suka mencuci rambut setiap malam.Beliau selalu lah membebel dan merungut tentang kegemaran isteri beliau itu.Pabila sahabat Rem itu berada di UK (melanjutkan pelajaran), tetiba dia merindui plak bau rambut yang basah isterinya itu."alamak rindulah... tidur sorang-sorang. dah tak ada bau rambut basah!" cam gitulah di ceritakan.
N Satu hari dia mendapat berita yang isterinya kemalangan, koma dan akhirnya meninggal dunia.Sahabat itu baru terasa kehilangan isterinya yang tercinta di samping tidak dapat lagi mencium bau rambut isterinya yang basah yang dahulunya di rungutkan.cam gitulah alkisahnya....
6 Comments:
uwaa sedeynyaaaaaaaaaaaa
Uwaaa.. *tumpang sebakul ngan shay* sediiiihhhh.. sediiiihhh
jangan sedih saudara-saudari semua. kawan saya tu sekarang dah dapat 'orang baru'. tapi tak tau la yang baru ini rambutnya basah lagi atau tak. nanti nak tanya dia. :)
tanya jgn tak tanya, rem. wahh dah dpt pengganti rupanyer.Anyway,if I die first, I will also give permission to my husband to marry again.;)
Uwaaagghh pity my children plak.Muga2 dpt emak tiri yg baik hati mcm saya. :D. Merepeknyerrr....
haha KA..bila lagi nak p meminang waiem kasik ke abg is..hihihi /lam alif rho yaaaaaaaa
amboi shayyy.ingat akak tak dpt kap gim alif ro kerrr.
cemana nak meminang klu akak dah 'pergi' dulu.wakil kat korang ler nanti.amanah ni. hihi
*tringat vad ckp dulu, dia takleh bayangkan wai em bwk anak2 akak berduyun2 pi tgk konsert af. :D*
Post a Comment
<< Home